Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perbezaan Antara Agama Buddha dan Kristian, Bahagian 5 daripada 15

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Guru menekankan kepentingan pengalaman spiritual langsung berbanding perdebatan falsafah dan jelaskan bagaimana Guru sebenar membimbing pencari ke Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman serta alam yang lebih tinggi.

Jadi kita dapati bahawa Alam Amitabha kelihatan macam cerita pari-pari. Begitu banyak orang akan berfikir, “Itu sesuatu imaginasi, halusinasi atau mungkin ilusi.” Jadi menurut sesetengah penganut Kristian, agama Buddha ialah sejenis imaginasi, halusinasi atau sesuatu. Tidak, tidak. Saya beritahu kalian hal sebenar: Alam Amitabha wujud. Sesetengah anak murid saya telah melawatnya selepas inisiasi, atau sesetengah daripada mereka melawatnya pada waktu inisiasi juga kerana kita tidak perlukan masa yg lama untuk melawat ‘negeri-negeri’ ini. Hanya dlm sesaat saja, kalian boleh pergi, dan dalam sesaat, kalian balik, sekelip mata saja. Semuanya bergantung kpd keterbukaan minda kita atau saluran dalaman. Segala-galanya ada di dalam. Tiada apa-apa yang dapat kita cari di luar.

Semuanya bergantung kpd keterbukaan saluran dalaman kita atau kononnya ‘minda’ atau tahap makrifat kita. Jadi itu perbezaan antara halusinasi, imaginasi, ilusi dan realiti. Jika sebuah tempat ialah halusinasi atau hasil imaginasi, maka orang lain tak dapat pergi ke sana. Hanya orang itu dapat pergi dan dapat pergi sekali saja, tidak dua kali kerana itu mimpi, ilusi. Tetapi jika sebuah tempat adalah benar, sesiapa pun boleh pergi, sebelum dia, selepas dia atau pada bila-bila saja, dan mengesahkan kewujudan tempat itu. Jadi jika kita tidak amalkan cara untuk pergi ke tempat sebegini, maka kita tak dapat tahu bahawa tempat ini wujud.

Kebanyakan agama di dunia adalah berasaskan sesuatu jenis falsafah dan perdebatan, berbahas-bahasan – sama ada terdapat Tuhan atau tiada Tuhan? Mengapa begitu dan mengapa bukan begitu? Saya tidak terkecuali juga. Kebanyakan masa saya pergi berikan khutbah, saya juga perlu kemukakan pandangan agama-agama yang berlainan dan buat mereka faham bahawa apa yang dikatakan oleh Buddha tentang Bulan, apa yang dikatakan oleh Lao Tzu tentang Tao dan apa yang dikatakan oleh Nabi Isa tentang Syurga ialah perkara yang sama. Tetapi itu bukan niat saya dan bukan subjek kegemaran saya.

Sebenarnya itu sukar. Kalian tahu tak? Selepas saya meninggal, orang lain yang datang perlu menambahkan kata-kata saya ke dalamnya untuk membanding sekali lagi dan meyakinkan generasi terkemudian bahawa “Mahaguru Ching Hai mengatakan perkara yang sama dengan Buddha. Kamu tak perlu bertikai,” dan sebagainya. Jadi ini berterusan tanpa berhenti. Jadi kita ada begitu banyak agama di dunia yang tak dapat bantu orang yang inginkan makrifat

kerana kita hanya bercakap tentang falsafah dan tidak menunjukkan jalan kepada orang. ‘Jalan’ tak dapat ditunjukkan melalui buku, melalui percakapan tetapi melalui pengalaman. Sebab itulah Buddha berkata, “Lihat jari saya dan kamu akan jumpai jalannya.” Oleh itu, jika permaisuri mengikut Buddha, baginda nampak Alam Buddha, pergi bersama-Nya. Jari bermakna arahan, atau mengikut, percaya kepada Guru dan biarkan Guru bawa kita ke mana-mana saja yang sesuai untuk pencapaian spiritual kita pada masa itu. Itu makna ‘jari’. Sekarang, permaisuri itu seorang penganut Buddha yg sangat taat dan menyerahkan diri kepada arahan Guru. Oleh itu, pada hari itu di dalam penjara, dengan hati yang sangat ikhlas dan ingin sekali, baginda berdoa kepada Buddha kerana dunia ini terlalu memuramkan. Anaknya sendiri memenjarakannya. Oleh itu, baginda rasa bahawa dunia penuh dgn kesengsaraan, ketakgembiraan dan ketakpastian.

Baginda berdoa kepada Buddha agar dapat pergi ke sesuatu Alam, sesuatu tempat di Alam Semesta yang lebih stabil, lebih penyayang dan lebih pemurah, jadi Buddha datang bawanya ke Alam itu. Sekarang, selepas balik dari Alam Amitabha, baginda menulis pengalaman ini. dan terbocor, jadi kemudian orang mendapatnya dan cetaknya. Sampai hari ini, kita memeliharanya dalam bentuk asal yang lengkap.

Tetapi walaupun banyak orang tahu akan kandungan kitab ini, kurang orang mengalami Alam Buddha Amitabha. Begitu juga dengan agama Kristian. Jika kita tidak berbakti dengan ikhlas, jika kita tidak dikurniai sejak banyak kelahiran dengan kecenderungan spiritual, adalah sukar bagi penganut Kristian yang biasa mengalami Syurga Kedua, Syurga Ketiga, Cahaya (Syurga dalaman) Tuhan atau Bunyi (Syurga dalaman) Tuhan yang disebut dalam Bible. Contohnya dalam agama Kristian, terdapat pengalaman tentang Kerajaan Tuhan dalaman, seperti ketika Nabi Isa dibaptiskan, Baginda nampak Cahaya (Syurga dalaman) putih dari Syurga. Roh dari Syurga turun seperti burung merpati putih.

Kalian masih ingat? (Ya.) Sekarang, berapa banyak daripada kita hari ini dibaptiskan dengan pengalaman yang begitu tinggi? Atau ketika Nabi Musa pergi ke Gunung Sinai, Baginda lihat Tuhan seperti nyala api yang besar, jadi Tuhan muncul sebagai nyala api yg besar – Cahaya (Syurga dalaman) yang besar. Sebenarnya ia hanya nyatakan Cahaya (Syurga dalaman) yang besar. Tuhan ialah Cahaya (Syurga dalaman) yang besar, dan Suara Tuhan adalah seperti Bunyi guruh, seperti Bunyi banyak air. John terdengar Bunyi trompet di Syurga. Orang lain pula berada di Syurga Ketiga dan sebagainya. Sekarang, siapa ada pengalaman macam ini hari ini? Sangat jarang.

Terdapat sebilangan santo yang luar biasa dalam Kerajaan Kristian. Mereka ada pengalaman yang serupa dengan yang disebut dalam Bible ini, tetapi orang Kristian biasa atau penganut Buddha biasa pun tak dapat mengalami ini. Jadi agama adalah tidak bererti tanpa pengalaman sebenar. Seseorang yang dipanggil ‘bermakrifat’ ialah seseorang yang dapat pergi dengan sesuka hati ke jenis Kediaman Cahaya, Alam Cahaya, Dunia Cahaya (Syurga dalaman) ini. Sekurang-kurangnya anak murid saya dipanggil ‘bermakrifat’ kerana mereka alami Cahaya (Syurga dalaman).

‘En-light-en-ed’ bayangkan bahawa kita mesti ada ‘Light (Cahaya)’ (Syurga dalaman) untuk jadi bermakrifat. Cahaya (Syurga dalaman) ada di dalam diri kita. Dalam Bible Kristian, dikatakan, “Hati-hati agar Cahaya di dalam dirimu tidak menjadi kegelapan.” Ia juga nyatakan, “Jika matamu menjadi tunggal, seluruh badan akan menjadi penuh dengan Cahaya.”

Ia sentiasa sebut tentang Cahaya (Syurga dalaman), Cahaya (Syurga dalaman) dan Cahaya (Syurga dalaman). Ia juga sebut banyak jenis Bunyi (Syurga dalaman) Tuhan seperti Bunyi guruh, Bunyi banyak air, Bunyi trompet, hap Syurga, segala jenis benda ini. Sekarang, jika kita langsung tak nampak Tuhan, sekurang-kurangnya kita mesti lihat Cahaya (Syurga dalaman) Tuhan – jelmaan Tuhan – atau dengar Muzik Syurga yang bergema dari Syurga untuk meyakinkan kita bahawa kita sangat dekat dengan Syurga. Sekarang jika kita tak nampak Buddha Amitabha atau tidak dibawa ke alam itu, sekurang-kurangnya kita lihat Cahaya (Syurga dalaman) Buddha Amitabha kerana ‘Amitabha’ bermaksud ‘Cahaya tak terhingga’. Atau sekurang-kurangnya kita dengar Bunyi (Syurga dalaman) – Bunyi dari Alam Amitabha, Bunyi Syurga dalaman nyanyian orang-burung, Bunyi (Syurga dalaman) dedaun dan Bunyi (Syurga dalaman) semua orang-haiwan, atau Buddha menyampaikan Dharma, memberikan Ajaran. Sekurang-kurangnya kita dengar dari jauh supaya kita tahu bahawa kita sangat dekat dengan Alam Buddha atau berada di sempadan Alam Buddha. Jika tidak, bagaimana kita tahu sama ada Tuhan wujud, Buddha wujud, mana-mana Alam Buddha wujud?

Ada satu lagi perkara yang ingin saya sebut tentang Buddha Amitabha. Ada dikatakan dalam kitab bahawa Amitabha, semasa dalam badan fizikal, semasa beramal sebagai seorang Santo, seorang yogi, Beliau ada 48 sumpah. Salah satu sumpah-Nya adalah ini: Jika sesiapa dengar nama-Nya, berdoa kepada Beliau sekali saja pun pada waktu hampir meninggal – dah tentu, dengan ikhlas, segala bakti dan keinginan sungguh-sungguh – Beliau akan bawa orang itu ke Alam Amitabha, Alam-Nya. Tetapi Alam-Nya, menurut kitab, bukanlah alam sedia ada, alam yang dibeli daripada pasar raya atau sudah kosong dan menanti di sana. Alam-Nya dibuat daripada Kuasa Spiritual-Nya sendiri – kezahidan dan disiplin-Nya sendiri.

Ini apa yang buat agama Buddha berbeza dengan agama Kristian, hanya kerana Nabi Isa tiada begitu banyak masa untuk jelaskan kepada kita dengan terperinci apa yang dimaksudkan-Nya dalam perenggan yang begitu pendek, atau mungkin Baginda telah jelaskannya tetapi maklumat ini terlalu banyak bagi gereja dan mereka potongnya, atau mungkin Baginda telah jelaskannya tetapi pihak berkuasa berwenang telah memadamkannya, apa-apa saja yang berlaku.

Jadi sekarang biar saya beritahu kalian tentang Buddha Amitabha. Semasa Beliau amalkan kezahidan dan kebaikan meditasi, Beliau bersumpah bahawa Alam-Nya, Alam ciptaan-Nya sendiri kemudiannya akan menjadi sebersih kristal, seberharga berlian dan semua orang sentiasa boleh pergi ke sana jika berhasrat dengan ikhlas.

Jadi buat apa saya beritahu kalian ini? Macam ini: Seorang Guru agung yang ada kebaikan dan kuasa malah boleh bawa kita ke Alam-Nya sendiri. Dia boleh buat Syurga baharu untuk kita, sama seperti yang dikatakan oleh Nabi Isa, “Di Rumah Bapa saya, ada banyak Rumah Agam.”

Photo Caption: “Jarak Hanyalah Fizikal”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (5/15)
1
Kata-kata Hikmah
2026-06-08
1835 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-06-09
1314 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-06-10
1215 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-06-11
1016 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-06-12
773 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-06-13
513 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-13
523 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-06-13
513 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-13
577 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-12
527 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-12
184 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-06-12
773 Tontonan
Keindahan Alam Semula Jadi
2026-06-12
213 Tontonan
Alam Haiwan: Penghuni Bersama Kita
2026-06-12
188 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-12
974 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun