Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, ahli panel menjawab soalan audiens tentang veganisme sebagai cara yang berkesan untuk memerangi perubahan iklim. (Kami ingin buka kepada para hadirin sekali lagi untuk soalan daripada audiens.) (Nama saya Denise Martin. Saya bekerja untuk Yayasan Kanak-kanak Starlight Starbright.) Seperti yang mungkin kalian dah tahu, kami bekerja dengan kanak-kanak yang sakit tenat Saya sentiasa ambil berat tentang kebajikan golongan lemah dan golongan muda di seluruh dunia. Oleh sebab ini soalan kemanusiaan, soalan saya ditujukan kepada Mahaguru Ching Hai: Dengan ancaman yg kita semua hadapi, bagaimana kita dapat bawa kepada kesedaran orang ramai tentang kesusahan yang dihadapi oleh kanak-kanak khususnya berkaitan diet dan alam sekitar?) Master: Puan Martin, apa khabar? Terima kasih atas kerja baik yang kamu lakukan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini. Soalan yang baik. Macam ni, Puan Martin, menurut segala bukti saintifik dan perubatan, kebanyakan penyakit berpunca daripada pemakanan daging (orang-haiwan). Ia dapat dielakkan jika kita mengikut diet berasaskan tumbuhan yang menyihatkan. Jika ibu bapa tidak sihat, maka anak yang dilahirkan akan terpengaruh juga, seperti yang telah terbukti melalui kajian saintifik dan perubatan. Sebelum mereka datang ke dunia ini lagi, banyak kanak-kanak telah terpengaruh oleh kesihatan yang tidak baik, oleh penyakit ibu bapa. Di SupremeMasterTV.com, ada fakta-fakta yang dikumpulkan untuk sesiapa saja dimaklumi tentang kesan buruk diet daging (orang-haiwan) kepada orang dewasa dan kanak-kanak, malah janin, bayi belum lahir. Jadi kita boleh cetak dan berikannya kepada sesiapa saja yang berminat dalam ini atau bertanya soalan sebegini tentang janin dan bayi yang dilahirkan sakit atau jatuh sakit akibat gangguan gen. Kamu boleh cetak semuanya dan beritahu mereka supaya sendiri log masuk ke tapak sesawang di atas juga untuk kebenaran kemas kini tentang pengaruh diet kita terhadap kehidupan kita dan dunia. Semua maklumat tapak sesawang, rancangan, iklan kami adalah percuma. Kamu boleh muat turun secara percuma mana-mana daripadanya dan gunakannya dengan sebarang cara yang beri manfaat kepada orang lain. Terima kasih banyak-banyak, Puan Martin, dan sampaikanlah salam sayang saya kepada semua kanak-kanak. (Maklumat yg sangat bijak. Terima kasih.) (Halo. Nama saya Nick Heyming. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Mahaguru atas segala kerja yang dibuat-Nya untuk mangsa bencana selama ini.) Sama-sama. Saya sendiri telah bersukarela selepas tsunami ini, Taufan Katrina dan gempa bumi di Peru. Itulah yang mendorong saya datang dan mewakili Institut Hijau untuk Pemerkasaan Kampung, iaitu giveforthefuture.org. Soalan saya adalah untuk En. Galt: Jika kita ingin menangani ancaman besar kepada bekalan makanan global, orang akan perlu mempelajari cara sendiri menanam tanaman semula. Ada banyak teknik baharu untuk penanaman hidroponik dan cara lain yang boleh orang lakukan, malah di dalam pangsapuri.) Betul tu. (Soalan saya adalah bagaimana kita dapat sebarkan kata-kata untuk mengajar orang cara sendiri menanam tanaman meskipun mereka tinggal di bandar atau bangunan pangsapuri?) Professor Ryan Galt: Baiklah. Soal sendiri menanam tanaman kita, saya rasa kita telah lihat di banyak kawasan, kan? Kita telah lihat kewujudan semula pertanian bandar, dah pasti. Dan juga bukan sahaja sendiri menanam tanaman tetapi juga menyetempatkan semula sistem makanan, iaitu mula mengenal bahawa petani yang berdekatan dengan kita sebenarnya dapat mengeluarkan makanan sebaik yang dapat kita peroleh dari kedai runcit. Jadi penyetempatan semula sistem makanan telah mendapat galakan besar dan atas sebab yang sangat baik. Ia ada beberapa kebaikan. Dari segi menyebarkan maklumat, dari segi cara kita sendiri menanam tanaman, saya rasa ada jumlah kemahiran yang besar yang terlibat dalam menanam tanaman, dari penyimpan benih ke pemilihan benih dan segala jenis kemahiran yang lain. Tetapi sekarang sebenarnya kita dapat berkongsi maklumat dengan cara yang dulu kita tak dapat, dengan internet. Hanya dengan menonton video di internet, kita takkan dapat mengetahui cara menanam tanaman tetapi selain adanya jenis sumber itu dalam talian, kita juga ada, boleh kata, melengkapi semula, jika mahu, sistem universiti untuk mula mengenal bilangan cabaran yang kita hadapi sebagai sebuah masyarakat. Dan mulakan program baharu dalam pertanian lestari yang akan mengajar pelajar cara menjadi petani organik atau seumpamanya. Jadi di UC Davis, kami mulakan mata pelajaran major Kelestarian Sistem Pertanian dan Makanan yang baharu untuk mengajar pelajar bukan sahaja tentang pertanian pengeluaran tetapi juga sistem makanan dan isu sosial. Jadi saya rasa kita akan nampak institusi, universiti kita mula melengkapi pelajar dengan lebih baik dari segi sendiri menanam tanaman, dari segi menjadi sebahagian daripada sistem makanan disetempatkan semula. Tetapi juga, kita masih perlu bergantung pada petani, saya akan kata. Mereka ada jumlah pengetahuan dan kepakaran yang sangat besar. Jadi kita akan wujudkan hubungan timbal balik dan bukan petani sentiasa alami harga yang rendah dan pengguna sentiasa hadapi harga yang lebih tinggi. Jadi kita perlu wujudkan hubungan itu juga dan mengekalkan petani di sekitar. (Terima kasih, Profesor.) Soalan seterusnya ditujukan kepada Guru.) (Saya ingin ucapkan ‘terima kasih banyak-banyak’ atas kerja-Nya yang mengagumkan. Saya Janice Belson. Saya pengasas dan pengarah Medicines Global. Saya ada peluang yang sangat baik untuk bekerja bersama banyak anak muda berisiko di sini, buat mereka saling berbincang. Pertubuhan saya dipanggil ‘Medicines Global’. Guru boleh baca tentang kami di Salah satu perkara utama dalam program Duta Anak Muda Luar kami ialah diet, pemakanan. Soalan saya memang ialah: Adalah jelas bahawa kita mesti galakkan kafeteria sekolah supaya bantu anak muda kita nikmati diet vegetarian (vegan). Anak muda membesar dengan makan potongan kerepek dan Coca-Cola tetapi mereka tidak berapa tahu tentang apa yang kita katakan. Bagaimana kita boleh galakkan mereka yang bekalkan makanan kepada kanak-kanak supaya bantu kita sediakan lebih banyak pilihan vegetarian (vegan)? Terima kasih.) Master: Terima kasih, Janice. Terima kasih. Terima kasih kerana ambil berat tentang kesihatan dan kebahagiaan kanak-kanak. Terima kasih atas kebaikan hatimu. Ia tak begitu meluas, diet vegan, saya perlu kata. Hingga kini, banyak orang yang merupakan vegan perlu menjadi seperti orang vegan rahsia kerana takut diejek dan dihina. Sekarang saya merayu kepada semua orang vegan supaya keluar dan cuba membantu sebanyak yang boleh kerana kalian ialah wira planet ini. Tiada masa lagi untuk bersembunyi atau risau tentang apa yang orang fikirkan tentang kita. Kita baik, kita baik. Kita mulia. Kita perlu sebarkan berita untuk semua orang sertai lingkungan vegan bagi menyelamatkan planet ini. Janice, saya rasa kamu boleh cakap dgn mereka dan menulis kepada mereka, menyampaikan kepada mereka segala fakta saintifik dan perubatan tentang kesan buruk diet berasaskan daging (orang-haiwan) dan kebaikan besar diet vegan. Kamu juga beritahu sekolah supaya memilih dengan bijak dengan fakta yang sama di atas dan berdoa agar mereka berubah. Di SupremeMasterTV.com, kamu boleh mendapat segala fakta yang kamu perlukan, terkini tentang kesan buruk daging (orang-haiwan), secara saintifik. Kita malah ada segala nama ahli sains dan segala bukti perubatan bahawa diet daging (orang-haiwan) memudaratkan orang dan menyebabkan penyakit yang begitu besar. Sekarang di Slovenia pun, selepas lawatan saya ke Slovenia, beberapa buah sekolah Waldorf sekarang menyediakan hidangan vegetarian saja. Sekolah lain pula, pelajar sendiri bawa hidangan. Mereka tidak menyediakan daging (orang-haiwan) lagi. Jadi kamu boleh buat cadangan yg sama kepada lembaga pengarah sekolah, berikan maklumat kepada ibu bapa juga, helaian yang telah kamu cetak dari mana-mana saja di internet atau daripada SupremeMasterTV.com kami tentang diet daging (orang-haiwan) yang memudaratkan dan diet vegan yang bermanfaat. Okey? Semoga berjaya dan diberkati usaha muliamu, Janice. (Beberapa cadangan yang sangat baik. Terima kasih, Mahaguru.) Terima kasih. (Sekarang Tom Vennum juga ada soalan untuk Guru.) Baiklah. Selamat datang. (Terima kasih kepada ahli panel kerana berada di sini, dan terima kasih kepada Mahaguru Ching Hai kerana menyebarkan kasih sayang dalam tindakan di seluruh dunia. Saya ingin bertanya tentang gas metana yang terperangkap di bawah lapisan ibun abadi. Bolehkah Mahaguru Ching Hai dan Dr. Singh huraikan apa yang dinyatakan oleh kajian dan risikonya kepada kesihatan manusia? Terima kasih.) Master: Dr. Singh sudah beritahu kamu banyak dan saya minta kebenarannya untuk jawab soalanmu. Secara amnya, kajian menunjukkan bahawa gas metana boleh menyebabkan sakit kepala. Saya belum lagi bercakap tentang pemanasan global, pemerangkapan haba dan sebagainya. Gas metana boleh menyebabkan sakit kepala, malfungsi sistem pernafasan dan jantung, dan dalam dos yang lebih pekat – kematian akibat sesak nafas. Itu serupa dengan keracunan karbon monoksida. Ia 23 kali lebih boleh bawa maut daripada CO2. Penternakan (orang-haiwan) menghasilkan sebanyak hampir 40% daripada gas metana global, juga menyumbangkan 65% daripada nitrus oksida global. Ia 310 kali lebih boleh bawa maut, lebih berbahaya daripada CO2 – karbon dioksida – dan ia kekal wujud selama sangat banyak tahun di dalam atmosfera. Gas metana menyebabkan pemanasan global dipercepat. Lautan dan ibun abadi yang menjadi panas juga akan melepaskan semakin banyak gas metana, malah hidrogen sulfida yang dianggap telah memunahkan lebih 90% daripada makhluk hidup dalam sejarah Bumi kita pada masa dahulu. Jadi bukan hanya metana yang kita risaukan. Itu begitu banyak gas dari laut. Ini bergantung kepada dos kepekatan. Hanya hidrogen sulfida saja dah boleh menyebabkan kerengsaan organ-organ badan yang berlainan: mata, hidung, tekak, penyempitan bronkus, pengguguran spontan, fungsi badan terjejas, sakit kepala, kepeningan, muntah, batuk, sukar bernafas, kerosakan mata, kejutan, koma, kematian dan sebagainya. Jika dos pekat cukup tinggi, contohnya 1,000 bahagian per juta, ppm, maka satu sedutan pun – satu sedutan tunggal – akan menyebabkan pernafasan berhenti dengan serta-merta dan pengsan. Jadi terdapat laporan tentang kilang orang-haiwan di Minnesota yang juga menghasilkan hidrogen sulfida yang menyebabkan orang di kawasan sekitar begitu banyak muntah sehingga mereka terpaksa lari dari rumah sendiri. Kamu boleh cari rencana pada 17 Julai 2008 di Rangkaian Berita Alam Sekitar. Satu lagi kejadian di Carolina Utara, penduduk dari 26 daerah terpaksa berada di dalam rumah kerana kualiti udara begitu buruk dan penuh dengan bahan pencemar termasuk gas yang sangat toksik, hidrogen sulfida daripada orang-haiwan. Jadi rencana ini kamu juga boleh cari di News and Observer yang bertarikh 19 Jun 2008. Ini ialah kejadian baru-baru ini dan barangkali banyak lagi sebelumnya. Saya pasti ini bukan kejadian tunggal berkaitan hidrogen sulfida yang dihasilkan oleh penternakan (orang-haiwan). Jadi rencana lain oleh Telegraph pada 9 Disember 2007 di Earth Times juga melaporkan kes kematian di negara lain akibat gas metana dan hidrogen sulfida. Saya pasti ada lebih banyak lagi jika kita ada masa untuk membuat kajian tentang subjek ini. Saya pasti kamu ada lebih banyak alat untuk melakukan ini. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini telah tawarkan tapak web mengenai perkara ini. Mungkin kamu dapat cari lebih banyak maklumat di sana. (Saya pasti kita dapat, ya.) Tetapi itu dah cukup menakutkan, saya rasa. (Baiklah, terima kasih, Mahaguru.) Sama-sama, sayang. Photo Caption: “Berdoa kepada TUHAN YANG MAHA BERKUASA dgn Segala Kasih Sayang dlm Hati Kita.”











